Wednesday, April 22, 2009

Profile Syarikat

Warikh Craft Enterprise

No 4 Kg Tulang Rimau,
Dangi, 73100 Johol.
Kuala Pilah
N.Sembilan




Telefon :06-4367127
H/P :012-6056487, 013-2551574 (amy) / 014-6309470 (azhari) /
012-6111724 (sulaiman)




1. PENGENALAN

Warikh Craft Enterprise telah didaftarkan dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan, 1956 ( Pindaan 1978 ) pada 18th Feb 1998. Warikh Craft Enterprise adalah bengkel yang dimiliki penuh oleh bumiputera dan berdaftar di Kraftangan Malaysia,

Aktiviti yang di jalankan adalah mengushakan barang-barang kraft terutamanya dari rimba seperti anyaman, pembuatan, membaikpulih perabut daripada rotan dan kayu. Kepakaran sebagai pelatih dan jurulatih dari kraftangan Malaysia mendorong kami berusaha untuk maju setapak lagi dalam bidang ini,

Sokongan padu dari segenap sudut termasuk pihak kerajaan, agensi-agensi kerajaan, kementrian keushawanan, jabatan pertanian, pihak korporat dan individu yang tak putus-putus memberi sokongan memberi semangat kepada kami untuk teru maju.

Kami juga menyediakan tempat latihan kepada pelatih-pelatih kolej komunity, sekolah-sekolah dan juga persatuan-persatuan yang memerlukan perkhidmatan kami. Pihak kraftangan juga memberi sokongan kepada kami bersama-sama untuk mempromosikan barangan kepada orang tempatan dan luar Negara.

Bengkel kami telah dipilih olih pihak kerajaan untuk menaja anak-anak muda yang berminat di bidang kraftangan untuk memenuhi hasrat satu kampong satu industri yang dilancarkan pada tahun 2002.

Berdasarkan dengan kelebihan kami yang telah agak lama bertahan memberi kekuatan kepada kami untuk bekerja lebih keras lagi bagi mencapai matlamat sebagai usahawan yang berjaya pada satu masa nanti.

Perniagaan Warikh Craft Enterprise dibahagikan kepada dua kategori iaitu :

Ø Pembekal barang-barang kraftangan dari rimba terutama anyaman rotan, perabut rotan dan perabut kayu.

Ø Penyelenggaraan dan Pembaikan.

2. MISI SYARIKAT

Mencapai cita-cita kerajaan menjadikan Warikh Craft Enterprisie sebagai satu syarikat “Satu Industri Satu Kampong” yang berjaya dan berdayasaing di perigkat Glokal.

3. VISI SYARIKAT

Mengeluarkan produk-produk yang kreatif dan terkini untuk pasaran tempatan dan luar Negara.

4. PIAGAM PELANGGAN

Kami Warikh Kraft Enterprise beriltizam untuk mengeluarkan produk-produk yang berkualiti dan berterusan kepada pelanggan dan pemborong .Berpandukan norma-norma berikut:-

1. Menepati masa langganan daripada persetujuan yang telah dimeterai semasa membuat tempahan.
2. Memberitahu pelanggan sekurang-kurangnya satu minggu notis jika berlaku kelewatan.
3. Menjual dengan harga yang kompetitif dan produk-produk yang berkualiti.
4. Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan dengan menjawab aduan/ pertanyaan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
5. Bersedia menerima teguran dari pelanggan dan memperbaiki dengan segera jika ada kecacatan pada barang produk
6. Menerima tetamu ataupun penduduk tempatan dan juga penduduk luar yang ingin belajar.

6. AKTIVITI SYARIKAT

Pada masa sekarang aktiviti syarikat adalah memenuhi permintaan dari pihak korperat dan hotel iaitu membuat bakul-bakul roti yang ditempah. Kami juga menyediakan bahan mentah seperti rotan dan papan untuk pengusha-pegusha kraf di kawasan sekitar.

Pihak syarikat juga masih bekerjasama dengan pemilik bengkel di Gemencheh untuk membuat produk-produk yang ditempah olih pelanggan beliau. Setakat ini permintaan dari pihak individu amatlah menggalakan.

Pihak kami juga menghantar dan mengajar pelatih yang terdiri dari orang perseorangan, lepasan sekolah, orang kampong yang berminat, persatuan-persatuan dari kampong yang terdekat mempelajari dengan lebih dekat teknik-teknik menganyam dan membuat perabut di bengkel kami.

Pihak agensi kerajaan juga telah kerap kali memanggil kami untuk bersama-sama membuat promosi produk di tapak-tapak pesta, pasaraya-pasaraya dan juga di komplek-komplek kraftangan di seluruh Negara.

Lawatan susulan dari pihak Kementrian, Jabatan dan agensi-agensi kerajaan amat dialu-alukankan ke bengkel kami. Buku lawatan telah membuktikan kami telah menerima ramai tetamu terutama tahun 2007 sempena Tahun melawat Malaysia.

SENI KRAF ROTAN

TEKNIK MEMBUAT BAKUL ROTAN

Bahan Utama

Rotan merupakan bahan utama membuat bakul. Terdapat berbagai-bagai jenis rotan yang boleh digunakan untuk dijadikan bakul. Di antaranya ialah rotan sega. Terdapat juga rotan-rotan lain yang telah dibentuk seperti rotan isi atau dikenali sebagai rotan pulor, rotan kulit dan rotan ikat tanpa kulit. Bilah-bilah rotan ini akan diwarnakan mengikut corak bakul yang dikehendaki. Jalinan warna digabungkan akan menghasilkan bentuk bakul yang begitu menarik.

Penyediaan Bahan dan Peralatan

Bahan dan peralatan perlu disediakan sebelum kerja-kerja pembuatan bakul dimulakan. Di antara bahan yang digunakan adalah seperti berikut:

i. Rotan pulor 2mm - digunakan untuk membentuk jalinan di permukaan bakul.
ii. Rotan pulor 3mm - digunakan untuk dijadikan asas tiang atau rangka bakul.
iii. Rotan sega - digunakan untuk pembentukan bingkai dan tangkai.

Manakala peralatannya pula terdiri daripada penebuk, plier memotong, plier lonjong, pisau, pembaris atau pengukur, penukul besi dan gunting besi.

Proses Menganyam Bakul

Terdapat 3 peringkat kerja yang mesti dilakukan di dalam proses pembuatan bakul, iaitu:

i. Tapak bakul
ii. Badan bakul
iii. Bingkai / Tangkai bakul

Sebelum peringkat-peringkat ini dimulakan, perlulah dikenalpasti rekaan bakul yang meliputi ukuran tinggi, lebar, ukuran garispusat dan bentuknya.

Cara-cara Menganyam Bakul

1. Tapak Bakul

a. Penyediaan tapak bakul bermula dengan potongan-potongan rotan berukuran 3mm dan panjangnya dianggarkan 3 kali daripada ketinggian ukuran bakul.

b. Rotan berukuran 2mm pula akan dibentuk dua dan dimasukkan ke salah satu bucu asas tapak tersebut.

c. Kedua-dua jalinan ini dibentuk sebanyak 3 kali lilitan. Setelah itu tiang-tiang rotan dipecahkan sama rata menjadi 10 tiang rangka yang berkembar dua. Ini diikuti jalinan turun-naik sepertimana yang telah dibuat sebelum ini, sehinggalah mencukupi ukuran tapak yang diperlukan.

d. Tiang-tiang rangka tapak diperkemaskan dengan jalinan pintal sebanyak 2 lilitan. Kemudian tiap-tiap rangka dinaikkan 900 untuk dijadikan bahan.

2. Badan Bakul

a. Jalinan badan bakul dibentuk dengan menggunakan anyaman 3 serentak berpintal, iaitu menggunakan 3 rotan untuk dijalinkan sekali.

b. Ketika proses ini, pembentukannya perlu dikawal untuk mendapatkan 900 lurus tiang rangka.

c. Setelah mencapai ketinggian ukuran bakul, ianya dimatikan hujungnya dengan menyelitkan di antara satu sama lain.

3. Bingkai Bakul

a. Rotan sega yang dibelah dua digunakan untuk mendapatkan bingkai yang kukuh. Panjangnya bergantung kepada lilitan garispusat bakul yang dikehendaki. Kedua-dua bilah rotan sega dicantumkan dengan paku kecil.

b. Setelah siap dipaku ianya dililit dengan rotan isi (2mm) sehingga menutupi bingkai bakul.

c. Bagi tangkainya pula, rotan sega yang telah dibentuk dan diukur, hujungnya diraut hingga nipis.

d. Tangkai tersebut kemudiannya dililit dengan rotan isi sepertimana yang dilakukan kepada bingkai tadi.

e. Lilitan tersebut dimatikan di sebelah hujungnya.

Bakul rotan yang telah siap akan di buang bulu-bulu rotannya. Kebiasannya api digunakan untuk membuangkannya. Setelah itu bolehlah bakul tersebut digunakan atau dijual.

SUARA NEGERI

Minat, kesungguhan dan ketelitian dalam kerja ­itulah ramuan yang ada pada Mohd Azahari Muyup, yang kini membuka dan mengusahakan sendiri perusahaan seni kraftangan rotan di rumahnya. Bekas pelatih Perbadanan Kraf­tangan Malaysia cawangan Negeri Sembilan sesi 1994-1995 itu, bukan sekadar menghasilkan kraftangan malahan juga sudah dua kali dipanggil untuk mengajar seni itu di Sarawak dan sekali di Perlis.

Beliau juga beberapa kali men­yampaikan ceramah dan di sekolah yang menjadikan seni kraftangan se­bagai kegiatan kokurikulum antaranya di Sekolah Menengah Dangi dan Sekolah Sains Tuanku Jaafar. Mohd Azahari, 36, bersama anggota keluarga kini membuka perusahaan kraftangan itu di rumah mereka di Kampung Tulang Rimau. Antara yang dihasilkan adalah tudung saji, temp at tidur bayi, tepak hantaran, dulang, beg kayu golf, bingkai gambar, cerrnin hiasan serta bunga dan penanda buku daripada daun getah atau daun Durian Belanda.

Katanya, beliau menceburi bidang itu kerana rninat, dan sebaik tamat per­sekolahan, terus pergi belajar sambil bekerja di Bengkel Ishak Kassim di Melaka selam kira-kira tiga tahun sebelum memulakan sendiri per­usahaannya.

Katanya, hasil kraftangannya itu sebahagiannya memang ditempah oleh rakan-rakan, dan yang lainnya dibuat dan dijual di Bengkel Ishak Kassim, di kedai stesen bas Tampin dan Simpang Ampat, Alor Gajah. Pendapatan daripadanya dapat menyara hidupnya meskipun angkanya itu tidak tetap, katanya.

"Yang penting dalam bidang ini ialah kesungguhan dan rninat. Tidak boleh ambil mudah kerana memerlukan ketelitian untuk menghasilkan barangan yang halus buatannya," katanya ketika ditemui di kediamannya baru-baru ini.

Satu tudung saji yang halus rotannya mengambil masa satu setengah hari untuk disiapkan, manakala tudung saji daripada rotan yang agak kasar boleh disiapkan dalam masa setengah had.

Katanya, bekalan mendapatkan rotan tidak sukar kerana rotan yang diproses diperolehnya dari Puchong.


span.fullpost {display:none;} span.fullpost {display:inline;}